Wednesday, October 20, 2010

kisah : permulaan

 kisah diri ku.. di sini lahirnya laman dimana aku dapat menulis sesuatu mengenai diri ku.. bukan mengungkit kisah lalu.. hanya ingin menzahirkan sesuatu pada setiap kenangan ku agar ianya dapat berlalu dengan tenang... kisah-kisah kehidupan ku.. cinta dan keluarga ku mungkin.. semua bergantung pada hati yang ingin menjerit ini...


aku tidak ingin mengarang ayat seperti madah pujangga.. hanya mencari patah kata yang sesuai untuk aku sampaikan setiap perasaan ku.. ini bukan laman pertama ku.. aku membuka laman ini kerana aku terasa aku tiada kebebasan untuk bersuara di lamanku yang asal.. hati memberontak ingin menulis sesuatu.. malangnya, bimbang ia melukakan hati sesetengah pihak.. aku pendamkan sahaja.. maka lahirlah laman ini.. sesuatu yang baru.. tiada siapa yang mengenali diriku.. setiap persaanku dapat ku sampaikan disini.. untuk tatapan aku di kemudian hari mungkin.. kata-kata seperti ini membuatkan aku berasa mual untuk membacanya di suatu ketika nanti.. persetankan semua itu.. tiada yang mengenali aku..

selamat buat aku sendiri... .۩۩๑   

teru

No comments: